Maap yek.. arini terlebih rajin skit, tu yg byk menulis. Ni plak al-kisah anak aku yg ke 3 Si Filea. Oleh kerana Jumaat ni aku dah mula bekerja so Isnin yg lalu aku gi la hantar si kecik ni kat babysitter. Citer pasal babysitter plak, mulanya aku nk hantar kat taska kat umah aku jer baby aku ni tapi oleh kerana majikan taska ni tidak menjaga kebajikan pekerja jadi pekerja tinggal 2 org jer utk menjaga budak2 yg agak ramai ngan 3 org baby lagi. Last2 kelam kabut la aku pi mencari taska lain. Kat area sini plak taska kebanyakkan tak ambik baby sbb kat sini baby hantar rumah orang. La.. lagi la pening aku, mana plak nak cari org jg anak aku ni. Dengan perintah aku suh laki aku ambik cuti sbb nak g cari org kat tmn sebelah. Takkan nak gi ketuk plak umah org nak tanya sapa yg nak jg anak aku. Dengn muka tak malunya laki aku gi tanya kt kedai2 runcit mana la tau kot2 org kedai tu kenal makcik2 kt sini. Sambil2 menanya ternampak la warung kt tepi jln. Sambil2 minum air boleh tanya tapi tujuan sebenar memang nak tanya makcik ni. Dengan takdir Allah, ada rezeki kebetulan anak makcik kedai ni memang jg baby sblm ni tapi skrg dh tak jg sbb mak baby tu dah berenti keje. Apa lagi anak dia pun terus setuju la nak jg anak aku. Fuh!!! selamat, syukur sgt2...
Bila anak dia setuju, akupun mula la hantar Filea kt rumah dia. Tapi.... si kenit ni la plak meragam menangis taknak isap botol. Aku pun silap gak tak ajar anak aku dari awal isap botol. Sekarang kan dah susah. Lebih2 lagi dpt cuti 3bln makin sedap la baby ni menetek. Panjang la pulak citer aku... Pastu akupun try la byk botol mcm2 botol dah aku beli. Beli plak bukan yg murah tu, mahal2 belaka. Tapi takpe demi anak nak bg keselesaan pd dia. Ehh!!!! tapi tetap taknak jugak...pening2...
Tgk tu mcm2 brand ada. Ni bukan utk dijual yeh.. Last2 dah habis ikhtiar aku gi la the store cari puting lain. Tup2 botol yg kat bwh ni yg menjadi pilihan anakanda aku...Kalu aku tau... aku mula dari bawah beli yg murah dulu. Konon eksen nak beli yg mahal. Simpan jer la nampak gayanya.
Puting ni so far ok la baby aku nak isap walaupun pada mulanya buat2 nak muntah. Tapi minum jugak la. Kalu yg lain masuk mulut pun dia taknak. Memang kejam betulll....
Murah je ni puting ni 3 biji tak sampaipun 5 ringgit.
No comments:
Post a Comment