Wednesday, June 18, 2014

Baby taknak hisap botol la pulok..

Maap yek.. arini terlebih rajin skit, tu yg byk menulis. Ni plak al-kisah anak aku yg ke 3 Si Filea. Oleh kerana Jumaat ni aku dah mula bekerja so Isnin yg lalu aku gi la hantar si kecik ni kat babysitter. Citer pasal babysitter plak, mulanya aku nk hantar kat taska kat umah aku jer baby aku ni tapi oleh kerana majikan taska ni tidak menjaga kebajikan pekerja jadi pekerja tinggal 2 org jer utk menjaga budak2 yg agak ramai ngan 3 org baby lagi. Last2 kelam kabut la aku pi mencari taska lain. Kat area sini plak taska kebanyakkan tak ambik baby sbb kat sini baby hantar rumah orang. La.. lagi la pening aku, mana plak nak cari org jg anak aku ni. Dengan perintah aku suh laki aku ambik cuti sbb nak g cari org kat tmn sebelah. Takkan nak gi ketuk plak umah org nak tanya sapa yg nak jg anak aku. Dengn muka tak malunya laki aku gi tanya kt kedai2 runcit mana la tau kot2 org kedai tu kenal makcik2 kt sini. Sambil2 menanya ternampak la warung kt tepi jln. Sambil2 minum air boleh tanya tapi tujuan sebenar memang nak tanya makcik ni. Dengan takdir Allah, ada rezeki kebetulan anak makcik kedai ni memang jg baby sblm ni tapi skrg dh tak jg sbb mak baby tu dah berenti keje. Apa lagi anak dia pun terus setuju la nak jg anak aku. Fuh!!! selamat, syukur sgt2...

Bila anak dia setuju, akupun mula la hantar Filea kt rumah dia. Tapi.... si kenit ni la plak meragam menangis taknak isap botol. Aku pun silap gak tak ajar anak aku dari awal isap botol. Sekarang kan dah susah. Lebih2 lagi dpt cuti 3bln makin sedap la baby ni menetek. Panjang la pulak citer aku... Pastu akupun try la byk botol mcm2 botol dah aku beli. Beli plak bukan yg murah tu, mahal2 belaka. Tapi takpe demi anak nak bg keselesaan pd dia. Ehh!!!! tapi tetap taknak jugak...pening2...

 Tgk tu mcm2 brand ada. Ni bukan utk dijual yeh.. Last2 dah habis ikhtiar aku gi la the store cari puting lain. Tup2 botol yg kat bwh ni yg menjadi pilihan anakanda aku...Kalu aku tau... aku mula dari bawah beli yg murah dulu. Konon eksen nak beli yg mahal. Simpan jer la nampak gayanya.

 Puting ni so far ok la baby aku nak isap walaupun pada mulanya buat2 nak muntah. Tapi minum jugak la. Kalu yg lain masuk mulut pun dia taknak. Memang kejam betulll....

Murah je ni puting ni 3 biji tak sampaipun 5 ringgit.

Mula menyimpan stok susu baby.

Ni citer pasal stok susu plak. Kalu nak tahu sy mula membuat stok seminggu seepas saya bersalin. kalu ikutkan malas lg nak buat tapi sbb susu terlalu byk sejak hari pertama bersalin lagi. Nak taknak kena buat gak la.

 Ni antara susu yang berjaya diperah. Kalu ikutkan byk lagi tapi terpaksa dibuang separuh sebabnya peti sejuk dah lebih muatan. Tak muat dah tempat beku ni penuh ngan susu jer dah tak boleh lagi nak simpan barang basah seperti kan daging dll. Kalu nak masak kena beli lauk mentah hari2 ler...Penuhkan,

 Oleh kerana nak letak susu dah tak boleh lagi, so saya terpaksa la beli peti sejuk yang lain. Masa beli tu sib baik kedai elektrik boleh trade in barang lama. So peti lama tu dh takyah simpan lagi la..

 Alang2 dah beli... hah ambik ko, aku beli yg besar yg tempat beku satu side dari atas ke bawah. Kan senang gitu...

 Jangan kata susu jer leh letak...mcm2 boleh muat lagi. Ni semua bahagian beku peti sejuk..

 Yang ni plak bahagian sejuk biasa. Lagipun dah nak pose ni bak letak makann la.. air batu la.. tu yg pejam mata beli gak la... Sebiji jer boleh belipun. Kalu umah adik aku peti sejuk camni ada 5 biji. Mak oiii... byk giler..aku setakat sebijik mampu lagi la... hukhukhukkkkk

Ni panduan camner nak simpan susu dalam peti ais. Ala... cam blur jer...takpe ahhh... bai...

Majls Aqiqah puteri kami,

Baru2 ni lepas jer habis pantang 44 hari sempat jg kami adakan majlis aqiqah utk anak yg ke3 kami, Biasanya anak2 yg sblm ni semua kami buat kat kampung tapi kali ni kami buat kt rumah sendiri. Alang2 buat house warming sekali kami jemput kwn2 kt ofis, adik beradik dan jiran tetangga.

 Alhamdulillah la...jemputan kami anggaran dalam 300 orang. Ramai jg la yg dtg. Makanan pun memang x membazir. Kalu adapun lebih sikit2 jer...Lega rasa...

 Ni khemah yg ditempah di nas kanopi. Boleh google di internet. Ok la harga pun tak mahal sgt. Kami pilih konsep arabian kanopi dengan tema warna pink.

 Ni plak antara hidangan utama khas utk org islam sahaja. Kambing masak kari.

 Yang ni gulai nenas ikan masin.

 Ni pun kira special gak la gulai kawah daging.

 Macam biasa ayam masak merah.

Ni antaranya yg sempat snap sbb yg lain2 lupa nk ambik gambar..ok la tu utk tatapan semua.

Wednesday, May 14, 2014

Babyku sayang....

Bertemu lagi kita hari ni. Seperti yg dijanjikan saya akan memperkenalkan puteri kami iaitu anak yg ke 3. Namanya Asya Fidelia binti Kamaruzzaman. Lihat ni....

 Yg kat atas ni gambar fresh lagi... baru keluar dari perut. hehehe...Alhamdulillah baby yg ke 3 ni walaupun kena jaundis tapi masih under control lg tak perlu duduk bawah lampu mcm abang ngan kakaknya.

 Yang ni plak gambar masa dalam pantang. Semua org kata muka baby ni macam abah dia. Yo la anak abah. Nak tidur pun kena tidur bawah ketiak abah baru boleh tidur...

 Dah keluar berjalan2 nampak. Ni kira last day dlm pantang 44 hari.



Ok la semua. Babai.. see you again. 

Tuesday, May 13, 2014

Saat-saat indah melahirkan baby baru,,,,

Assalam.. Dah lama rasanya sy tak buka blog dan update blog al-maklum lah skrg masa itu emas lebih2 lg skrg ni dh ada baby baru.

Hari ni sy nk menceritakan saat2 ketika nak melahirkan baby. Bermula di sini, tanggal 22 mac yg lalu... chewahh!! masa tu aku gi appoimnt ngn dokt kt KPJ Kajang. Pagi2 kul 7.30 aku keluar umah gi spital nk ambik no awal. Kalu tak alamtanya lambat la dpt jumpa dokt sbb hari Sabtu biasa patient ramai.
Haa.. aku dpt no. 1, sementara tunggu dokt aku g breakfast dulu mkn nasi kerabu... selesai jer mkn terus gi jumpa dokt. Masa dokt scan perut aku, dokt dh ada bukaan 3 cm pastu terus dia suruh misi hantar aku kat labour room. Dgn terpinga2 aku pun ikut jer misi tu...sib baik brg2 semua dh simp dlm kete.

Masa aku kt labour room cam biasa la kena interview dulu ngn misi ttg history anak2 yg dulu... pastu dia suruh aku baring..masa ni aku sorang jer sbb husb aku tgh jaga anak2 aku yg lain. mak ayah aku masa ni otw dtg kt spital. 

 Bosan gak la duk menunggu kt sini sampai dokt habis patient dia kt klinik pakar.

Lebih kurang kul 2 ptg dokt dtg aku. Pastu cam biasa la kena selup kali yg ke 3 sbb nk tau bukaan dh brapa cm. Masa ni dokt kata baru 4cm tp kepala baby belum turun lagi masih di atas lagi. Atas nasihat dokt stlh ada sedikit condition maka dokt menasihatkan aku agar buat pembedahan utk bersalin. Tanpa byk fikir akupun setuju ajela demi utk menyelamatkan baby aku. Tepat kul 4 ptg aku ditolak masuk ke bilik pembedahan.

Jam 4.27 ptg maka lahirlah seorg puteri kami yg di sambut oleh Dokt Rasliza Ramli pakar O&G kat KPJ Kajang.

Next entry.... sesi memperkenalkan puteri baru..huhuhu.....

Thursday, March 20, 2014

Persiapan saat2 terakhir sblm ke labour room

Minggu ni InsyaAllah dah masuk ke 38 minggu dh. Semua kelengkapan baby telah siap disediakan dan aku pun dh start ambik cuti rehat seminggu dan continue ngan cuti bersalin 3 bulan. Fuyoo!!! puas hati kali ni aku cuti panjang sampai hujung bulan Jun baru masuk opis balik.

 Ni antara beg2 yg akan di bawa ke hospital utk penginapan 3 malam. Kalu wad tak penuh boleh la request utk wad vvip. Itu pun bergantung kpd kekosongan sbb skrg ni patient terlalu ramai kat KPJ Kajang.

 3D scan. Tak clear..

 Ni ok skit. Gambar baby aku kt dalam perut. 

 Yang ini pulak antara set berpantang yg akan digunakan ketika dalam pantang nanti iaitu Shaklee.

Hahaha... air selusuh pun dah siap sedia yang telah di jampi oleh husband aku. Huhuhu....Mudah2an dipermudahkan ketika aku nak bersalin nanti.
Aminnnn...

Belajar membuat cupcake kat Citarasa UMMI.

Assalam...
Ni citer yg dh sebulan yg lalu. Baru nak upload sbb bz sgt ngan keadaan kesihatan yg tak mengizinkan.
Sebenarnya dh lama aku bercita2 nak masuk kelas membuat kek. Ni aku gagahkan juga gi belajar walaupun skrg tgh sarat 8 bulan mengandung. Aku belajar kat sini jer dekat ngan umah aku kt area Prima Saujana Kajang.

Kat sini macam2 kelas yg diajar tapi aku ambik yg kelas ni jer dulu. Next time la kalu ada masa lapang.

Ni cara2 membancuh cup cake. Senang jer bhn2nya pun simple jer..



Dah siap bancuh, masuk dalam cup yg macam kat atas tu..

Siap! ready utk di bakar.

 Yang ni plak cara2 nak mendeko kat atas cake menggunakan butter cream.

 Sebelum try deco kat atas kek, aku try dulu wat kat atas papan ni menjadi tak.

  Yg kat atas ni mcm anyaman tikar..

 Yg ni plak lain2 deco. Cam senang jer..




 Maka inilah hasilnya senyak 12 biji kek yg berjaya disiapkan dgn decoration yg mcm2.. Hehehe... sonoknya dh jadi..



Last sekali sesi memberi sijil oleh si pengajar. Hahaha... ni anak dia la....
Alamak!!! gemuknya aku...










Sunday, January 12, 2014

Shopping kt Romantika Home Deco, Kajang.

Dua hari lepas kitorg g shopping kt sini. Best gilerr... byk brg hiasan rumah yg boleh di beli kt sini. Ni antara gambar2 yg di snap utk tontonan umum.

Barang2 kt sini memang murah2... Mcm2 ada...











Sekali shoping x perasan plak dh penuh troli. Hah!! ambik ko kena byr RM300 lebih. Tapi xpe memang puas hati la dtg sini. Nanti nk dtg lagi...huhuhu....