Thursday, August 15, 2013

Shopping at Munduk, Thailand.

Raya ke 3 aku balik ke Kelantan plak. Esoknya plan nk g seludup masuk siam. Jangan tiru aksi ini, merbahaya...

Ni adalah pengankutan yg kami gunakan utk ke seberang sana. Sempadan Malaysia ngan Thailand. Sampannya kalu tgk memang gerun giler sbb dh using. Tambang nk ke Siam dlm RM2 satu kepala. Ni kira laluan haram la. Kalu karam tgh sungai ni kira mati katak la. huhuhuhu...



 Posing jap sblm naik sampan. Masa ni tgh pk lg nk naik ke taknak sbb air sungai masa ni tgh deras. Takut gak tapi pakcik2 kat sini kata ok x bahaya apa lg aku pn redah la ngan adik aku.

 Dah sampai pun. Perjalanan dalam 5-8 minit. Ni sempat aku snap gambar2 kat selatan thai. Kat sini memang byk brg2 murah kalu nk shopping. Harga memang jauh lebih murah dari rantau panjang.


 Tudung2 mcm jenis ada dijual.


 Menan budak2pn byk dan sgt murah. Nk beli byk x boleh sbb memikirkan balik nant nak naik sampan lagi karang terlebih muatan plak.


 Ni antara view sepanjang aku naik sampan. Sungai ni sgt dlm, org kg kata lebih 5 meter kedalamannya. Kalu jatuh ya ampunnnn...

Ni masa nk balik berani skit la nk bergambo. Masa nk g masing2 duk kerah macam kayu sbb takut.

Hubby aku ambik jalan selamat tak berani nak bw anak aku yg kecik ni so dia tunggu kat seberang sini jer la.  Sebenarnya penakuttt..


Salam Aidilfitri 2013.

Salam Aidilfitri untuk semua keluarga dan sahabat handai.
Ampun maaf dipinta.


 Di pagi syawa; semua adik-beradik berkumpul bermaafan sesame sendiri. Tahun ni kecuali 2 org abang aku jer beraya di keluarga mertua masing2. Yang ada ni pun dah cukup gamat di buatnya.

 Bergambar bersama family aku. Ini tahun baju tema adalah warna-warni di aidilfitri ye. Harap maklum.
Bersama anak aku dan anak saudara aku Faiz Iskandar. Yg belakang tu pun anak buah aku gak. Kalu nk tahu semua sekali anak buah aku ada 21 orang. Mak oiii ramainya. Habis duit aku nk bg duit raya kat diorang ni.

Aktiviti petang raya...

Masing2 sibuk ngan keje masing2. Masa ni aku sibuk kat dapur memasak utk berbuka masak sup tulang. Mak aku lak sibuk wat rendang ngan nasi dagang.

 Yang lain sibuk kat depan rumah. Ni abang2 aku tgh membakar sate. Ada sate ayam, daging, perut ngan hati. Pilih la nk yg mkn yg mana.

 Ni plak adik aku sibuk membakar lemang. Kalu nk tahu ni la fisrt time kitorang wat lemang seumur hidup. Biasanya beli jer tapi tahun ni wat kelainan sikit sbb ada request suruh wat sendiri. Alhamdulillah menjadi gak lemang.

Masing2 gembira sbb lemang menjadi. Lain tahun leh wat lagi.

Nak buat tapai pulut...

Lagi 3 hari lg nak raya aku sibuk ke dapur nk wat tapai pulut. Ni request dr hubby aku nk mkn tapai pulut.

 Ni antara bahan2 yg diperlukan: beras pulut di tanak dulu kukus pn boleh gak. Pastu ragi, lidi dan daun pisang. Biasanya org guna daun getah tp kt kg aku takde sbb kg aku kawasan taman mana ada benda tu...

 Dah tanak beras pulut. Tunggu la sehingga sejuk. Pastu di gaulkan ngan ragi. Siapp.. Pastu bungkus la. Ni aku pinjam bibik adik aku suruh bungkus tapai tu sbb dia expert sikit bab membungkus ni.

Siapp... dapat la dalam dua bekas. Pastu bungkus ngan kain dan simpan sehingga masak. Dalam 3 hari dah boleh dimakan.

OOoohhh... balik kampung.

Seronoknya balik kampung. Tahun ni aku balik kampung awal sikit. Al-maklum la turn aku tahun ni. 5 hari dekat nk raya aku dah balik kg aku. Sapa tak seronok kan beraya kt kg sendiri. Apa lg seminggu sblm blk kg aku dh siap2 packing brg2.

Ambik ko... penuh satu kete. Macam2 aku nk wat balik.

 Huhuhu... sonoknya...
Yahooo... dah sampaipun. Sib baik jln tak jem lagi.